Dek hutang RM440, ibu tunggal dirogol dan dibakar kekasih sendiri
Astro Awani
Januari 27, 2019 16:24 MYT
Januari 27, 2019 16:24 MYT
Seorang lelaki tergamak membunuh dan membakar kekasihnya hanya kerana gagal membayar hutang berjumlah 1.5 juta rupiah (kira-kira RM440).
Dalam kejadian di Desa Talang Taling, Sumatera Selatan, suspek Asri Marli yang juga pengedar dadah cuba menagih hutang daripada kekasihnya Inah Antimurti, 20, namun tidak diendahkan.
Berdasarkan keterangan daripada empat lelaki lain yang merupakan rakan suspek, mangsa yang juga ibu anak satu itu enggan membayar hutang apabila diminta dan memperkecilkan kualiti syabu yang diberikan suspek.
Suspek yang berang dengan tuduhan itu cuba mengasari mangsa dengan bantuan empat rakannya.
Mangsa yang cuba melawan kemudian dipukul menggunakan kayu hingga mati.
Mayat Inah Antimurti turut dirogol rakan suspek sebelum dibawa ke satu lokasi untuk dibakar, lapor media tempatan.
Suspek kemudian melarikan diri daripada buruan polis selama empat hari sebelum menyerah diri.