'Dedak' 1 bilion pound Theresa May: Apa kata netizen?
Hilal Azmi
Jun 26, 2017 23:17 MYT
Jun 26, 2017 23:17 MYT
Pembentukan kerajaan minoriti pimpinan Theresa May dengan nilai perjanjian sejumlah 1 bilion pound menjadi bualan hangat netizen di seluruh dunia terutamanya penduduk Britain.
Kerjasama Parti Konservatif pimpinan May dengan Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) dilihat bukan sebagai pakatan politik tetapi sebagai perjanjian 'bekalan sokongan' buat Parti Konservatif.
Kebanyakan netizen mengkritik serta menyindir tindakan May 'memberi dedak' 100 juta pound sterling bagi mendapatkan sokongan daripada 10 ahli Parlimen dari parti DUP.
"Apa yang akan dikatakan oleh Ruth Davidson dan Konservatif Scotland kepada pengundi Scotland yang tidak senang dengan Ireland Utara, untuk mendapatkan wang tambahan yang tidak akan pergi ke Scotland?
"Tories Welsh juga akan mengalami masalah yang sama," katanya.
Editor Politik Sky News, Faisal Islam pula menganggap 'dedak' untuk Ireland Utara tidak akan berlaku secara automatik untuk Scotland dan Wales.