Dedah dokumen rasmi kepada tukang tilik, Presiden Korea Selatan didesak letak jawatan

Agensi
Oktober 30, 2016 03:46 MYT
Ribuan rakyat Korea Selatan berhimpun di hadapan pusat Sejong di ibu negara di Seoul pada petang Sabtu, bagi mendesak perletakan jawatan presidennya Park Geun-Hye. - Foto AFP
Ribuan rakyat Korea Selatan berhimpun di hadapan pusat Sejong di ibu negara di Seoul pada petang Sabtu, bagi mendesak perletakan jawatan presidennya Park Geun-Hye.
Geun-Hye dituduh membocorkan dokumen rasmi negara kepada sahabat lamanya yang juga seorang bomoh dan tukang tilik, Choi Soon-Sil, yang tidak memegang mana-mana jawatan rasmi di dalam kerajaan.
Dalam bantahan itu, rakyat melaungkan gesaan pengunduran Geun-Hye dan menuntut Park membentangkan penjelasan kerana salah laku yang dilakukan beliau.
Penganjur perhimpunan itu berkata, mereka turut merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran pada minggu hadapan.
Populariti Geun-Hye jatuh paling buruk tahun ini, sejak dakwaan bahawa Choi Soon-Sil, 60, terlibat sebagai pembuat keputusan tidak rasmi dalam kariernya.
Ucapan- ucapan Geun-Hye sebelum ini juga didakwa disunting Soon -Sil yang tidak mempunyai kebenaran untuk melihat dokumen kerajaan atau jabatan kerajaan.
Menurut laporan, Soon-Sil juga menerima dokumen rahsia, termasuk dokumen mengenai Jepun dan Korea Utara.
Geun-Hye juga didakwa merujuk kepada Soon-Sil dalam perlantikan menteri serta dalam keputusan Seoul menutup Kompleks Perindustrian Kaesong.
#Choi Soon-sil #Park Geun-Hye #tukang tilik