Debu Gunung Agung mula berkurangan

Agensi
Disember 3, 2017 06:40 MYT
Debu di sekitar kawasan Gunung Agung masih lagi kelihatan namun agak sedikit berbanding sebelumnya. -REUTERS
Lebih 55,000 orang tinggal berhampiran Gunung Agung masih ditempatkan di perkampungan sementara sekalipun keadaan semasa gunung berapi itu agak tenang beberapa hari ini.
Walaupun masih belum menunjukkan petanda akan berlaku letusan besar, namun pihak berkuasa masih meletakkan amaran pada peringkat tertinggi.
Bagaimanapun, debu di sekitar kawasan gunung tersebut masih lagi kelihatan tetapi agak sedikit berbanding sebelumnya.
Para saintis menyatakan bahaya masih lagi ada sekalipun ketika ini agak sukar untuk membuat sebarang jangkaan.
Gunung berapi Agung pernah meletus pada 1963 yang mengorbankan lebih 1,000 orang.
#Bali #debu #Gunung Agung #gunung agung meletus #gunung berapi #letusan gunung agung #letusan gunung berapi
;