Debat Trump dan Biden ada butang 'butang senyap'

Reuters
Oktober 20, 2020 10:31 MYT
Debat pada Khamis ini akan dilengkapi dengan 'butang senyap' yang membolehkan setiap calon bercakap tanpa gangguan. -Gambar fail
WASHINGTON: Debat ketiga Pemilihan Presiden Amerika Syarikat di antara Donald Trump dan pencabarnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden pada Khamis ini akan dilengkapi dengan 'butang senyap' yang membolehkan setiap calon bercakap tanpa gangguan.
Penganjur Suruhanjaya Debat Presiden berkata itu adalah usaha mengelakkan gangguan sekali gus merosakkan pertandingan seperti yang terjadi pada debat pertama.
Suruhanjaya itu berkata mikrofon setiap calon akan dipadamkan untuk membolehkan calon lain membuat ucapan perasmian pada awal setiap segmen 15 minit itu.
Kedua-dua mikrofon kemudian akan dihidupkan untuk membolehkan mereka berdua berdebat.
Kenyataan itu muncul pada Selasa yang merupakan Hari Pengundian awal menjelang pilihan raya 3 November depan dengan tinjauan pendapat mendapati Trump ketinggalan berbanding Biden.
Debat pertama yang berlangsung pada 29 September lepas dikritik secara meluas selepas Trump berulang-kali menganggu Biden sehingga menimbulkan suasana huru-hara.
Debat kedua pula yang dijadualkan pada Khamis lepas dibatalkan berikutan Trump tidak bersetuju mengenai format pertandingan yang mahu diadakan secara maya berikutan jangkitan COVID-19.
#Donald Trump #pilihan raya #presiden #debat #COVID-19 #Joe Biden #mikrofon #butang senyap
;