Datuk durjana guna penyangkut baju gugurkan kandungan cucu

Agensi
April 16, 2019 16:54 MYT
Kandungan Charlotte digugurkan mengugunakan penyangkut baju. - Gambar hiasan/Unsplash
SEORANG warga emas dilaporkan telah bertindak kejam dengan menggunakan kekerasan untuk menggugurkan kandungan cucunya selepas mangsa dirogol berulang-kali.
Memetik laporan portal berita Mirror UK, mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun tidak menyedari yang dirinya hamil lalu terpaksa menanggung kesakitan selepas datuknya menggunakan penyangkut baju untuk menggugurkan kandungan itu.
Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Barry, South Glamorgan, Wales, milik rakan datuknya itu mengakibatkan Brave Charlotte Wade, yang kini berusia 22 tahun tidak mampu untuk mengandung lagi.
Hodges, 73, merupakan datuk tiri kepada Charlotte dan didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk dengan merogol Charlotte sejak beliau berusia tujuh tahun sehingga berusia 14 tahun.
Charlotte juga diberikan gula-gula sebagai ganjaran dan Hodges mengugut untuk mencederakan abangnya sekiranya dia membuka mulut.
Gangguan seksual seperti diraba dan dicium oleh Hodges pula dialami oleh Charlotte sejak dia berusia lima tahun sebelum dirogol.
Setelah meningkat dewasa Charlotte akhirnya mula bertindak berani dengan membuat laporan kepada pihak polis tentang penderaan seksual terhadapnya.
Datuknya telah disabit kesalahan dengan dikenakan hukuman 25 tahun penjara di atas 24 pertuduhan.
#datuk rogol cucu #datuk tiri #dirogol #gugur penyangkut baju #guna penyangkut baju untuk gugurkan kandungan #penderaan seksual #rogol
;