Dataran Taksim dan Gezi Park ditutup semula

Astro Awani
Julai 9, 2013 08:22 MYT
Pihak berkuasa Turki terpaksa menutup semula Dataran Taksim dan Gezi Park sejurus selepas ia dibuka semula kepada orang awam pada Isnin.
Tindakan berkenaan dibuat selepas penunjuk perasaan cuba berarak ke lokasi berkenaan.
Bagi menghalang percubaan itu, pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan mengguna meriam air untuk menyurai.
Beberapa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.
Ia insiden kedua membabitkan anggota keselamatan dan penunjuk perasaan di kawasan berkenaan.
Sabtu lalu, insiden sama berlaku di laluan pejalan kaki tidak jauh Dataran Taksim dan Gezi park .
Pada Isnin, Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu memaklumkan lokasi berkenaan dibuka semula kepada orang awam tetapi memberi amaran tidak akan membenarkan sebarang tunjuk perasaan diadakan.
Bagaimanapun selepas tiga jam, arahan dikeluarkan supaya ia dikosongkan.
Ia ditutup sejak 15 Jun lalu selepas polis bertindak menggempur penunjuk perasaan dan kumpulan pecinta alam sekitar yang membantah pembangunan kawasan berkenaan.
Ia kemudian bertukar menjadi lokasi bantahan besar-besaran pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan
#Dataran Taksim #gezi park #Istanbul
;