Data tahap 'kesuburan' 1.8 juta wanita China terdedah?

Nailah Huda
Mac 13, 2019 10:01 MYT
Golongan penyokong hak wanita menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya kerajaan negara itu mengambil tindakan keras terhadap kadar kelahiran. - Gambar hiasan
SATU pangkalan data dari China yang mengandungi maklumat peribadi mengenai lebih 1.8 juta wanita negara itu didedahkan oleh seorang penyelidik Belanda, lapor akhbar Guardian.
Apa yang menarik perhatian adalah selain maklumat nama, nombor telefon, alamat, dan status perkahwinan, turut disertai adalah kategori ‘BreedReady’, yang dikatakan adalah untuk mengetahui status sama ada seseorang wanita itu sudah mempunyai anak atau telah mencapai umur yang boleh melahirkan bayi.
Victor Gevers, seorang pakar internet dari kumpulan GDI Foundation yang berpengkalan di Belanda menemui 'data cache' tersebut ketika beliau sedang mencari pangkalan data terbuka dari China.
Walaupun data tersebut dipadamkan pada Isnin, namun hasil penemuan itu telah pun dimuat naik oleh Gevers ke laman sosial Twitter pada Ahad.

In China, they have a shortage of women. So an organization started to build a database to start registering over 1,8 million women with all kinds of details like phone numbers, addresses, education, location, ID number, marital status, and a BreedReady" status? pic.twitter.com/fbRKsbNHPJ

— Victor Gevers (@0xDUDE) March 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pembongkaran data ini menjadi isu memandangkan China kini berhadapan masalah tahap kelahiran bayi yang semakin rendah akibat pelaksanaan Dasar Satu Anak sejak lewat 1970-an sehingga pemansuhannya pada tahun 2015.
Berikutan itu, golongan penyokong hak wanita menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya kerajaan negara itu mengambil tindakan keras terhadap kadar kelahiran, sepertimana mereka melaksanakan Dasar Satu Anak.
Ia tidak jelas sama ada data tersebut berkaitan dengan aplikasi dating (berpacaran), pendaftaran kerajaan, atau sejenis organisasi/syarikat lain.
“Selain daripada data ini, kita tidak mempunyai apa-apa maklumat selebihnya. Fokus utama kami adalah untuk memastikan data tersebut 'diselamatkan' serta-merta,” kata Gevers kepada Guardian.

The youngest girl in this database is 15y old. The youngest woman with BreedReady:"1" status is 18y. The average age is a bit above 32y, and the most aged woman with a BR:1 is 39 and with a BR:0 is 95y. All are single [89%], divorced [10%] or widow[1%]. About 82% lives in . pic.twitter.com/qCP7FvFMB7

— Victor Gevers (@0xDUDE) March 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut salah satu tweet oleh Gevers, individu paling muda yang tersenarai merupakan seorang gadis berusia 15 tahun.
Katanya, umur purata dalam kalangan wanita yang tersenarai adalah 32 tahun, manakala 90 peratus wanita tersebut disenaraikan sebagai bujang manakala 82 peratus tinggal di Beijing.
Buat masa ini, Gevers bersama rakan sekerjanya sedang menyiasat data tersebut dengan menghubungi beberapa profil media sosial yang turut tersenarai.
Dalam kalangan netizen, data tersebut dikaitkan dengan rancangan televisyen Amerika Syarikat ‘The Handmaid’s Tale’ yang menceritakan tentang masa depan di mana wanita dipaksa untuk melahirkan anak dalam masyarakat yang menghadapi kadar kelahiran merudum.
Pada 1979, kerajaan China memperkenalkan Dasar Satu Anak yang penuh kontroversi kerana ia memaksa ibu bapa untuk melahirkan hanya satu anak setiap keluarga.
Ketika itu, dasar tersebut dilaporkan telah menyebabkan banyak kes pengguguran bayi serta beberapa kes di mana bayi perempuan didakwa dibunuh akibat budaya segelintir masyarakat China yang lebih mementingkan anak lelaki berbanding perempuan.
Polisi tersebut mula dilonggarkan pada 2013 dan akhirnya dimansuhkan pada 2015, di mana had dinaikkan kepada dua anak setiap keluarga.
#bayi #China #Dasar Satu Anak #data #hak wanita #Kanak-kanak #kebocoran data #media sosial #perancangan keluarga #peribadi #Twitter #wanita
;