Dapat kelulusan PBB sebelum serang Syria - Putin

Astro Awani
September 4, 2013 23:45 MYT
Rusia memberi amaran serangan ketenteraan terhadap Syria tanpa kelulusan daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu bentuk pencerobohan.
Bagaimanapun Presidennya, Vladimir Putin menegaskan tidak menolak kemungkinan menyokong resolusi PBB sekiranya terbukti tentera Syria menggunakan senjata kimia.
Amaran itu dinyatakan Putin ketika temuramah sebelum berlangsung mesyuarat sidang kemuncak G20 di St Petersburg.
Ini sekaligus membayangkan kesediaan Kremlin untuk kekal konstruktif terhadap hubungan dengan Amerika.
Putin menegaskan sehingga kini, tiada bukti kukuh wujudnya penggunaan senjata kimia seperti didakwa Amerika.
#PBB #Syria #Vladimir Putin