AS dan Korea Selatan berdegil teruskan latihan ketenteraan bersama

Astro Awani
Februari 24, 2015 07:28 MYT
Latihan ketenteraan maya 'key resolve' akan diadakan pada 2 hingga 13 Mac manakala latihan 'foal eagle' pula akan bermula dari 2 Mac hingga 24 April. - Gambar Fail
Amerika Syarikat dan sekutu Korea Selatan berdegil meneruskan rancangan mengadakan latihan ketenteraan bersama bulan depan.
Pendirian itu sebagai isyarat menolak tawaran Korea Utara untuk membekukan sementara ujian nuklearnya.
Latihan ketenteraan maya 'key resolve' akan diadakan pada 2 hingga 13 Mac manakala latihan 'foal eagle' pula akan bermula dari 2 Mac hingga 24 April.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Kim Min Seok, latihan tersebut dirancang sejak tahun lepas dan akan dijalankan tanpa ada kaitan dengan pendirian Korea Utara.
Tambah beliau, Korea Utara sudah dimaklumkan mengenai latihan tersebut.
Pyongyang sebelum ini sanggup membekukan sementara ujian nuklear mereka sekiranya Washington dan Seoul membatalkan latihan ketenteraan.
Senario ini menunjukkan peranan Washington tidak menyumbang ke arah pembentukan dinamik hubungan dua hala Korea
#Amerika Syarikat #key resolve #kim min seok #Korea #Seoul #Washington