Dalang serangan di Benghazi dibebaskan daripada tuduhan paling berat

Astro Awani
November 28, 2017 23:49 MYT
Lukisan yang memaparkan Ahmed Abu Khattala semasa perbicaraan dijalankan pada 2 Oktober 2017 di Washington. - Dana Verkouteren via AP
Lelaki yang dituduh menjadi dalang disebalik serangan ke atas konsulat Amerika Syarikat di Benghazi, Libya telah dibebaskan daripada segala tuduhan oleh juri Amerika Syarikat.
Ahmed Abu Khattala didapati bersalah atas tuduhan keganasan namun dibebaskan atas tuduhan lain termasuk tuduhan membunuh.
Serangan ke atas konsulat AS pada 2012 meragut nyawa Duta AS Chris Stevens dan empat pengawal keselamatan warga Amerika Syarikat.
Hillary Clinton, sebagai Setiausaha Negara ketika itu, dituduh mengambil ringan kejadian itu oleh pihak Republican.
Juri di Washington membebaskan Khattala daripada 14 tuduhan selepas perbincangan lima hari susulan perbicaraan selama tujuh minggu.
Namun Khattala didapati bersalah atas empat tuduhan iaitu membekalkan senjata untuk tujuan keganasan, memusnahkan kediaman serta mencederakan orang awam dan memiliki senjata api separa automatik ketika lakukan jenayah.
Dia berdepan hukuman penjara selama 60 tahun.
Khattala ditahan oleh pasukan khas tentera Amerika Syarikat di Libya pada tahun 2014.
#Ahmed Abu Khattala #Amerika Syarikat #benghazi #Chris Stevens #Hillary Clinton #konsulat