Dalang di sebalik pengeboman lapangan terbang Kabul dibunuh oleh Taliban
Astro Awani
April 26, 2023 08:45 MYT
April 26, 2023 08:45 MYT
WASHINGTON: Ketua pengganas Daish yang dipercayai dalang di sebalik pengeboman Lapangan Terbang Antarabangsa di Kabul, Afghanistan pada tahun 2021 telah dibunuh oleh Taliban.
Seramai 170 orang awam dan 13 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam insiden itu.
Pada 26 Ogos 2021, anggota tentera AS sedang membantu rakyatnya serta orang awam melarikan diri selepas Taliban mengambil alih kerajaan.
Jurucakap White House John Kirby memaklumkan, ketua Daish itu dibunuh beberapa minggu lepas namun ia mengambil masa untuk mengesahkan kematiannya.
Identiti ketua Daish itu tidak didedahkan.
Kirby juga tidak mengesahkan jika dia terbunuh dalam operasi khas Taliban atau ketika pertempuran antara kerajaan dengan kumpulan pengganas itu.