Dalai Lama kembali pulih dari jangkitan dada

Agensi
April 12, 2019 14:57 MYT
Dalai Lama dibenarkan pulang dari hospital selepas menerima rawatan akibat jangkitan dada beberapa hari lalu. - Gambar fail
PEMIMPIN spiritual Tibet, Dalai Lama telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di sebuah hospital Delhi akibat jangkitan kuman di dada.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Tseten Samdup Chhoekyapa.
Pemenang Nobel Keamanan berusia 83 tahun itu yang telah dibawa dari penginapannya di kawasan pergunungan di utara India, dilaporkan sudah pulih, menurut Tseten.
Tseten turut dilaporkan berkata, Dalai Lama dimasukkan ke hospital selepas mengadu ketidakselesaan di dada beberapa hari lalu.
Dalai Lama hidup dalam buangan di Dharamsala, utara India pada awal 1959 selepas membuat penentangan yang gagal terhadap kerajaan China.
#China #Dalai Lama #Dharamsala #Hospital #India #jangkitan kuman #kerajaan #kesihatan #Ketua Spiritual Tibet #Nepal
;