Dakwa nyawa terancam, isteri 'keenam' pemerintah Dubai, Puteri Haya cari perlindungan di London

Agensi
Julai 4, 2019 12:14 MYT
Puteri Haya yang juga anak perempuan kepada Raja Hussein dari Jordan, dikatakan kini berada dalam "ketakutan." - Foto REUTERS/Luke MacGregor
PUTERI Haya binti al Hussein, isteri 'keenam' kepada pemerintah dan jutawan Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dikatakan sedang mencari perlindungan di London selepas dilaporkan meninggalkan suaminya dan melarikan diri dari Dubai.
Menurut BBC, beliau kini dipercayai tinggal bersama dua anak pasangan itu di sebuah rumah berhampiran Istana Kensington yang bernilai kira-kira AS$107 juta (RM442 juta).
Puteri Haya yang juga anak perempuan kepada Raja Hussein dari Jordan, dikatakan kini berada dalam "ketakutan."
Malah menurut individu yang rapat dengan keluarga diraja, beliau tiba di London bulan lalu dan sedang mencari perlindungan politik ketika urusan meminta cerai.
BACA: Putera UAE meninggal dunia pada usia 39 tahun di London
Princess Haya difahamkan berlindung di Jerman terlebih dahulu, namun, dia lebih gemar tinggal di United Kingdom, di mana merupakan tempat beliau bersekolah dan belajar di University of Oxford.
Malah, dia juga dekat dengan keluarga diraja Britain.
Walaupun punca sebenar Puteri Hayam melarikan diri masih belum jelas, Sheikh Mohammed, yang suka menulis puisi, seolah-olah telah berkongsi emosinya secara dalam talian.
Dalam entri terbaharunya di Instagram, Sheikh menulis mengenai seorang wanita yang terlibat dengan pengkhianatan dan wanita tersebut tidak dinamakan.
Sheikh Mohammed dilaporkan membuat permohonan penceraian isterinya dan menuntut penjagaan dua anaknya di bahagian Mahkamah Keluarga Mahkamah Tinggi.
Pertikaian undang-undang antara pasangan itu kini sedang dijalankan di mahkamah London berhubung kes perceraian dan hak penjagaan kedua-dua anak pasangan tersebut.
Kes itu terakhir didengar di mahkamah pada 22 Mei dan perbicaraan seterusnya akan dilakukan pada 30 Julai selama dua hari.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2004 dan Puteri Haya menjadi isteri keenam serta isteri termuda kepada Sheikh.
#cerai #Dubai #Jerman #London #perlindungan #Puteri Haya #Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum #United Kingdom
;