Dakwa hina agama, lelaki mati dibunuh di Pakistan

Astro Awani
Disember 5, 2021 09:34 MYT
Rakan-rakan meletakkan lilin dan bunga di hadapan potret Priyantha Kumara sebagai memberi penghormatan terakhir kepadanya di luar pejabat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sialkot di Sialkot, Pakistan, 4 Dis 2021. (Foto AP)
POLIS menahan 13 suspek dan beberapa individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan seorang pekerja di sebuah kilang peralatan sukan di timur Pakistan pada Sabtu.
Ia susulan mangsa, Priyantha Kumara, didakwa menghina agama Islam melalui poster yang tertera nama Nabi Muhammad.
Kumpulan itu dilaporkan menangkap mangsa sebelum membunuhnya, serta membakar mayatnya secara terbuka di daerah Sialkot dalam wilayah Punjab pada Jumaat.
Ketua Polis Punjab, Rao Sardar dalam laporan awalnya berkata, suspek utama kejadian menghasut pekerja lain untuk menyerang Priyantha yang juga merupakan pengurus kilang berkenaan.
Dia bagaimanapun antara yang ditahan polis ketika ini.
#hina Nabi Muhammad #pekerja kilang #Pakistan #Pembunuhan
;