Dakwa dicabul guru, wanita ini sebaliknya dikecam suarakan isu gangguan seksual di sekolah

Saraya Mia
November 23, 2020 06:00 MYT
Tindakan Nalinrat memakai baju sekolah menengah, meletak pita selofan berwarna hitam pada mulut sambil memegang notis mendakwa pernah dicabul guru sekolah, dianggap mengancam imej Thailand. -Gambar Reuters
BANGKOK: Seorang wanita di Thailand dikecam kerana mengetengahkan isu gangguan seksual melibatkan sistem pendidikan dalam protes menentang kerajaan di Bangkok, baru-baru ini.
Tindakan pelajar universiti Nalinrat Tuthubthim memakai baju sekolah menengah, meletak pita selofan berwarna hitam pada mulut sambil memegang notis mendakwa pernah dicabul guru sekolah, dianggap mengancam imej Thailand.
“Apabila seorang yang bukan pelajar sekolah memakai baju sekolah, menarik perhatian orang ramai dalam kalangan masyarakat dan di media sosial, dia harus bertanggungjawab atas tindakan yang boleh berlaku susulan itu,” kata Pareena Kraikupt, seorang Ahli Parlimen dalam kerajaan perdana menteri Prayut Chan-o-cha.
Pareena berhasrat membuat laporan polis di atas tindakan wanita berusia 20 tahun itu.
Protes di Bangkok semakin memburuk apabila lebih banyak dakwaan salah laku kerajaan diketengahkan penunjuk perasaan selain menuntut peletakan jawatan Prayut sebagai PM dan rombakan Kabinet.
#Thailand #Bangkok #protes #Penunjuk perasaan #Nalinrat Tuthubthim #Pareena Kraikupt #Prayut Chan-O-Cha
;