Daish siarkan video identiti penyerang Paris

Agensi
Januari 25, 2016 10:31 MYT
Video yang dimuat naik ke laman web dengan judul 'Kill wherever you find them', memaparkan empat warga Belgium tiga warga Perancis dan dua warga Iraq yang menjadi dalang serangan yang meragut 130 nyawa November lalu. - Gambar Fail
Kumpulan Daish (IS) pada Ahad menyiarkan satu rakaman video yang mendakwa memaparkan sembilan pengikutnya yang bertanggungjawab atas serangan di kota Paris pada November lalu yang meragut 130 nyawa.
Video terbabit turut menyiarkan ancaman kepada negara-negara ‘pakatan’ yang menentang kumpulan itu termasuk Britain.
Video yang dimuat naik ke laman web dengan judul “Kill wherever you find them”, memaparkan empat warga Belgium tiga warga Perancis dan dua warga Iraq yang menjadi dalang serangan itu.
Penyerang terbabit dipaparkan sebagai bercakap dalam bahasa Perancis dan Arab, dengan kata: “mesej ini ditujukan kepada negara-negara yang terlibat bersama negara ‘pakatan’ (diketuai Amerika Syarikat) yang melancarkan serangan terhadap Daish di Syria dan Iraq sejak September 2014.”
BACA: Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui
Video terbabit turut memaparkan gambar perdana menteri Britain David Cameron dengan perkataan “ sesiapa sahaja yang bersekutu dengan golongan kafir, akan menjadi sasaran pedang kami.”
Video terbabit diterbitkan oleh Pusat Media Al-Hayat milik kumpulan itu yang turut mengibarat penyerang sebagai sekumpulan ‘singa’ yang berjaya menundukkan Perancis.
Kesahihan kandungannya bagaimanapun belum dapat dipastikan.
#daish #David Cameron #Iraq #IS #militan #Paris #Perancis #Pusat Media Al-Hayat #Syria
;