Daish mengaku jadi dalang letupan di Jakarta

Agensi
Mei 25, 2017 07:58 MYT
Serangan pada pukul 9 malam waktu tempatan itu adalah yang terburuk sejak insiden pada Januari 2016 . - AP Photo/Dita Alangkara
Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom bunuh diri di sebuah perhentian bas di Jakarta pada Rabu.
Insiden mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis. Turut cedera 12 yang lain.
“Pelaku serangan dtrhadap anggota polis dalam satu perhimpunan di Jakarta Indonesia adalah dari kumpulan Daish,” lapor agensi berita kumpulan itu, Amaq pada Khamis.
Serangan pada pukul 9 malam waktu tempatan itu adalah yang terburuk sejak insiden pada Januari 2016 dimana sekumpulan lelaki bersenjata dan pengebom bunuh diri bertindak menyerang Jakarta.
Letupan menyebabkan lapan terbunuh termasuk empat anggota penyerang.
#bom #bunuh #bunuh diri #daish #Indonesia #Jakarta #letupan #perhimpunan #polis #serangan
;