Dah terlalu mengantuk, murid galas kerusi ingat beg sekolah

Sinar Harian
September 1, 2018 09:38 MYT
Insiden tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Filipina. - Foto YouTube
SEBUAH video tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan gelagat lucu seorang kanak-kanak sekolah yang mengalas kerusi, bukan beg sekolah.
Tidak dapat dipastikan dengan tepat lokasinya, namun insiden tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Filipina.
Dalam rakaman tersebut dipercayai semasa mahu pulang daripada sekolah, kanak-kanak tersebut dilihat secara bersendirian masih berada di mejanya akibat terlelap, sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah mula beratur di tepi kelas sebelum dibenarkan pulang.
#beg sekolah #Filipina #Kanak-kanak #Media #media sosial #pelajar #video