Daging dari Kesatuan Eropah berupa gula-gula getah dirampas di Rusia

AFP
Oktober 24, 2014 22:13 MYT
Rusia melarang kemasukan produk makanan dari Kesatuan Eropah sebagai balasan terhadap sekatan ekonomi yang dikenakan padanya. - Gambar Fail
Pihak kastam Rusia kini bertungkus-lumus menangani sindiket penyeludupan baharu selepas menemui 600 tan daging dari Kesatuan Eropah (EU) yang diharamkan. Bahan tersebut dibungkus dalam bentuk gula-gula getah.
Menurut agensi keselamatan agrikultur hari ini, pihak berkuasa di barat laut Rusia menemui barang larangan itu dalam salah sebuah kontena sejuk beku yang dibawa masuk menggunakan kapal dari Antwerp, Hamburg dan Rotterdam.
"Ketika membuat pemeriksaan kandungan 26 buah kontena sejuk beku, mereka menemui daging lembu dan babi yang didatangkan dari Jerman, Belanda, Belgium dan Poland. Bahan tersebut disertakan dengan dokumen yang mengisytihar kandungan kontena itu sebagai cendawan, jus, jeli buah dan gula-gula getah,” kata agensi itu dalam sebuah kenyataan.
Sejak musim panas lalu, Rusia menguatkuasakan larangan terhadap produk makanan dari Kesatuan Eropah sebagai balasan terhadap sekatan yang dikenakan terhadap Moscow. Sekatan tersebut mempunyai kaitan dengan campur tangan yang melibatkan Ukraine.
#daging #EU #haram #Kesatuan Eropah #Rusia
;