Dadah bernilai setengah bilion dolar dirampas di Sydney

Astro Awani
Februari 28, 2013 13:23 MYT
Polis Australia merampas dadah ‘Methamphetamine’ atau 'ais' seberat 585 kilogram dari sebuah kapal China.
Dadah berkenaan dianggarkan bernilai hampir USD500 juta (RM1.5 bilion) dan dipercayai cuba diseludup ke Sydney.
Rampasan besar itu hampir dua kali ganda banyaknya daripada jumlah rampasan dadah di Australia sejak Julai tahun lalu.
Andrew Scipione, Pesuruhjaya Polis negeri New South Wales berkata, “Terdapat lebih setengah tan (585 kilogram) dadah yang telah diambil kira bernilai hampir setengah bilion dolar.”
Hasil rampasan berkenaan tiga lelaki yang memegang pasport Australia, Singapura dan Hong Kong ditahan.
Mereka akan didakwa pada Khamis atas dakwaan cuba menghasilkan dadah yang membawa hukuman penjara seumur hidup.
Polis juga yakin akan dapat menahan beberapa lagi dalang di sebalik sindiket tersebut.
Kejayaan berkenaan adalah hasil kerja keras dan intipan pihak polis sejak September lalu.
Ia susulan kehadiran beberapa kapal kontena yang mencurigakan di perairan Sydney sejak Februari 2012.
Kapal-kapal tersebut didapati berlepas dari pelabuhan Shen Zhen, Selatan China.
#ais #Australia #China #Dadah #methamphetamine #Sydney
;