Cybertruck Tesla meletup berdekatan hotel Donald Trump di Las Vegas

Agensi
Januari 2, 2025 08:45 MYT
Imej menunjukkan sebuah Cybertruck Tesla meletup dalam kebakaran di luar hotel milik Presiden Amerika Syarikat yang terpilih, Donald Trump di Las Vegas, Amerika Syarikat.
LAS VEGAS, AMERIKA SYARIKAT: Sebuah Cybertruck Tesla meletup dalam kebakaran di luar hotel milik Presiden Amerika Syarikat (AS) yang terpilih, Donald Trump di sini, pada hari pertama Tahun Baharu 2025, pada Rabu.
Letupan berkenaan menyebabkan seorang maut sementara tujuh yang lain cedera, menurut pihak berkuasa.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan turut menyertai siasatan insiden tersebut.
Rakaman video saksi menunjukkan kenderaan itu meletup dengan api yang marak, terletak betul-betul di luar hotel milik Trump.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla yang juga penasihat Trump, Elon Musk dalam hantaran di X memaklumkan, letupan tersebut disebabkan oleh bunga api bersaiz besar atau bom yang dibawa di bahagian kargo Cybertruck.
Katanya, letupan tidak mempunyai kaitan dengan kenderaan tersebut. - Agensi
#Cybertruck Tesla #Cybertruck Tesla terbakar #Elon Musk #hotel Donald Trump
;