Curiga main kayu tiga, lelaki pukul isteri hingga tidak sedarkan diri
Agensi
Mac 9, 2019 13:39 MYT
Mac 9, 2019 13:39 MYT
HANYA kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan adik ipar, seorang lelaki bertindak memukul isterinya menggunakan kayu besbol hingga tidak sedarkan diri.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki itu memukulnya di rumah mereka di Sabarmati, Ahmedabad, India.
Mangsa yang mempunyai dua anak bersama suspek membuat laporan polis di Balai Polis Sabarmati.
Hasil soal siasat mendapati, dia dan suami telah mendirikan rumah tangga ketika usia 15 tahun pada 2009.
"Sejak dua tahun lalu, suspek mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan adik suspek," jelas jurucakap polis.
Siasatan mendapati, suspek turut mempertikaikan kesahihan dua anak mereka masing-masing berusia sembilan dan empat tahun.
"Pada awal bulan lalu, suami mangsa pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bertanyakan kenapa isterinya menjalin hubungan dengan adik ipar sendiri.
"Ketika isterinya menafikan, suspek naik berang lalu memukulnya," kata jurucakap itu lagi.