Cuomo ancam tutup semula New York jika tidak patuhi arahan

Astro Awani
Jun 15, 2020 08:25 MYT
Cuomo sebelum ini berang dengan tindakan orang ramai di New York yang keluar tanpa memakai penutup hidung dan mulut. - REUTERS/Fail
GABENOR New York, Andrew Cuomo mengancam akan menutup semula negeri itu jika lebih banyak pelanggaran arahan untuk mengekang COVID-19 berlaku.
Menurutnya, ketika ini Manhattan dan Hamptons adalah antara kawasan yang mendapat 25,000 aduan pelanggaran syarat pembukaan.
Tegasnya, pelanggaran ini akan memberikan risiko kepada proses pemulihan dan usaha melawan penularan COVID-19.
Antara tindakan yang akan diambil termasuk menutup kawasan yang bermasalah dan melambatkan proses pembukaan di negeri tersebut.
BACA: Gabenor New York gerak usaha ke arah reformasi polis AS
BACA: COVID-19: 'Lockdown' berakhir 15 Mei, New York sedia untuk pembukaan semula
Cuomo sebelum ini berang dengan tindakan orang ramai di New York yang keluar tanpa memakai penutup hidung dan mulut.
Beliau turut menggesa semua pihak untuk menguatkuasakan arahan yang diberikan termasuk melarang perhimpunan orang ramai.
BACA: Kes COVID-19 di AS melepasi 2 juta
BACA: Bandar-bandar utama di AS berdepan bantahan ganas
#aduan #Andrew Cuomo #buka semula ekonomi #COVID-19 #Hamptons #ingkar arahan #Manhattan #New York #pelanggaran #pemulihan #penutup muka #perhimpunan #tutup semula
;