Cumbre Vieja kembali memuntahkan lava
Astro Awani
November 26, 2021 06:20 MYT
November 26, 2021 06:20 MYT
LA PALMA: Aliran lava baharu mula kelihatan di Gunung Cumbre Vieja yang masih aktif di kepulauan La Palma pada Khamis.
Kumpulan saintis dan anggota unit kecemasan tentera berada di lokasi bagi merakam dan mengambil ukuran aktiviti seismik itu.
Lava yang mengalir keluar di kawasan Las Manchas itu sangat deras dengan anggaran aliran 600 meter sejam, memusnahkan kediaman dan pokok di laluannya.
Selepas lebih dua bulan, gunung berapi di kepulauan Sepanyol itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berhenti.
Kepulauan La Palma mempunyai penghuni sekitar 85,000 penduduk, dan lebih 7,000 telah diarah berpindah keluar susulan aktiviti gunung berapi itu.