Cukai digital: Ketua OECD baharu yakin perjanjian cukai syarikat multinasional
Astro Awani
Jun 2, 2021 08:38 MYT
Jun 2, 2021 08:38 MYT
PERTUBUHAN Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) melahirkan keyakinan dapat mencapai kesepakatan mengenai percukaian syarikat multinasional.
Setiausaha Agung yang baru dilantik, Mathias Cormann, menggambarkan pendekatan awal terhadap isu itu oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, sebagai 'game changer'.
“Saya rasa pendekatan yang diambil oleh pentadbiran Joe Biden, dalam kaitannya dengan masalah ini, telah menjadi 'game changer'.
"Jelas terdapat banyak perbincangan yang masih sedang berjalan. Anda tidak akan terlalu jauh di depan. Tetapi, saya secara diam-diam, tetap optimis," katanya di ibu pejabat OECD di Paris pada Selasa.
Oktober lalu, pengawal selia ekonomi global mencadangkan penambahbaikan peraturan cukai antarabangsa bagi memastikan syarikat teknologi besar membayar cukai.
Ia juga satu amaran bahawa kegagalan menerapkan cukai itu akan menyebabkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 menjadi lebih sukar.
OECD berusaha mencari kesepakatan antara lebih 135 negara, mengenai cukai digital.
Ini didorong tuntutan sekian lama dari Kesatuan Eropah supaya syarikat gergasi digital Amerika Syarikat seperti Amazon dan Google untuk membayar bahagian mereka.
Amerika Syarikat bagaimanapun tidak bersetuju dengan perkara itu.
OECD pada Selasa menerima ketua baru untuk pertama kalinya selepas 15 tahun.
Cormann mengambil alih daripada Angel Gurría yang memegang jawatan itu sejak 1 Jun, 2006.
#Google
#Amerika Syarikat
#cukai
#Kesatuan Eropah
#COVID-19
#OECD
#Joe Biden
#ekonomi
#cukai digital