Cucu tunai impian nenek hidap kanser bertemu penyanyi Despacito, Daddy Yankee

Agensi
September 28, 2022 19:24 MYT
Tambah Ivana yang memperkenalkan neneknya sebagai Mami Flor, dia memberitahu wanita warga emas itu merupakan pesakit kanser rahim. - Foto Instagram/ivannamichellee
LOS ANGELES: Di usia 90 tahun, hasrat seorang warga emas untuk bertemu dengan idolanya, penyanyi rap Daddy Yankee akhirnya tercapai.
Menerusi sebuah video di Instagram, pengguna akaun Ivana Michellee menunaikan hasrat neneknya untuk bertemu secara langsung dengan pelantun lagu hit Despacito itu.
“Akhirnya impian jadi kenyataan,” tulisnya dalam sebuah hantaran video yang dimuatnaik.
Tambah Ivana yang memperkenalkan neneknya sebagai Mami Flor, dia memberitahu wanita warga emas itu merupakan pesakit kanser rahim.
"Mami Flor berumur 90 tahun dan bertarung dengan kanser rahim selama hampir setahun. Impian terbesarnya adalah bertemu Daddy Yankee. Dia meminati Daddy Yankee sejak dahulu lagi dan muzik beliau menjadi sokongan terbesar ketika dalam proses rawatan," tambahnya.
Sehingga kini, video itu mendapat lebih 7,800 tontonan serta pujian dari netizen.
#Daddy Yankee #Instagram #warga emas #kanser rahim
;