Cucu tikam nenek berusia 74 tahun hingga mati
Agensi
Mac 4, 2018 06:48 MYT
Mac 4, 2018 06:48 MYT
SEORANG pemuda didakwa di mahkamah selepas bertindak menikam neneknya hingga mati di rumah mereka di sebuah perkampungan di Highgate, Walsall Wood, England.
Pemuda itu, Greg Irvin, 25 tahun ditahan sehari selepas mayat neneknya, Anne James ditemui minggu lalu.
Irvin yang merupakan seorang penganggur didakwa melakukan serangan ke atas neneknya yang berusia 74 tahun itu menggunakan sebilah pisau.
Hasil bedah siasat mendapati beberapa kesan tikaman pada tubuh badan warga emas itu, lapor Mirror.co.uk.
Apabila siasatan pembunuhan dilakukan, keluarga mangsa mengeluarkan kenyataan.
"Kami berasa sedih atas kehilangan seorang isteri, ibu dan nenek tersayang.
"Dia merupakan seorang yang menyeronokkan, baik hati, pemurah dapat keluarga kami. Malah kami pasti merinduinya," katanya.