Cucu Ratu Elizabeth, Puteri Eugenie pilih pembekal wain sebagai sebagai pasangan hidup
Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 12, 2018 21:52 MYT
Oktober 12, 2018 21:52 MYT
CUCU kepada Ratu Elizabeth, Puteri Eugenie selamat melangsungkan perkahwin bersama pasangan pilihannya, Jack Brooksbank pada Jumaat.
Perkahwinan diraja itu diadakan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, gereja yang sama menyaksikan Putera Harry dan Meghan Markle serta Putera William dan Kate Middleton mengikat tali percintaan mereka.
Puteri Eugenie, 28, merupakan anak perempuan kepada Putera Andrew (anak ketiga Ratu Elizabeth) dan berkas isterinya, Sarah Ferguson, memilih Brooksbank, 32, yang merupakan pembekal wain terkenal di London.
Dalam majlis resepsi yang bertemakan perkahwinan diraja secara traditional, Puteri Eugenie dilihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Peter Pilotto dan Christopher De Vos.
Ternyata gaun putih yang digayakan si puteri ini menarik perhatian orang awam apabila pasangan ini kemudiannya diarak dengan menaiki kereta kuda melalui semua jalan di Windsor.
Rakaman pasangan ini disatukan turut dikongsi The Royal Family melalui platform media sosial, Twitter.
Bukan hanya orang awam di semua jalan di Windsor gembira dengan ikatan perkahwinan ini, malah netizen dari seluruh dunia turut berkongsi ucapan gembira melalui ruangan komen.
Antara tetamu yang hadir termasuk kerabat diraja dan selebriti popular seperti Demi Moore, Naomi Campbell dan Ellie Goulding.