Cucu perempuan lelaki terkaya Indonesia meninggal dunia

Agensi
Disember 31, 2017 01:42 MYT
Deynica Welirang, 39 tahun, merupakan cucu kepada Sudono Salim. - Twitter/@Andre syaputra
Cucu perempuan individu terkaya di Indonesia meninggal dunia pada Jumaat di Singapura.
Deynica Welirang, 39 tahun, merupakan cucu kepada Sudono Salim, iaitu pemilik Salim Group yang meliputi pemilikan perniagaan seperti Indofood, Bank Central Asia, Indocement dan banyak lagi cabang perusahaan lain.
Sudono Salim kemudian menurunkan pengurusan kepada anaknya Anthony Salim dan seterusnya diuruskan oleh Franciscus Welirang, iaitu bapa Deynica.
Deynica ialah puteri tunggal Franciscus.
Jasad Deynica kini ditempatkan di Mount Vernon Sanctuary dan dijangka dikebumikan pada Isnin di Choa Chu Kang New Christian Cemetery, Singapura.
#bank #Indonesia #meninggal dunia #Puteri