Cubaan seludup gagal, pesawat bawa 500kg dadah terhempas
Azyyati Ahmad
Ogos 3, 2020 09:12 MYT
Ogos 3, 2020 09:12 MYT
Sebuah pesawat ringan dipercayai membawa setengah tan dadah terhempas di sebuah wilayah terpencil di Papua New Guinea (PNG).
Pesawat membawa dadah jenis kokaina seberat 500 kilogram yang bernilai hampir $80 juta itu terhempas di satu wilayah di Port Moresby.
Menurut laporan media tempatan, pesawat yang dijadual ke Queensland, Australia itu terhempas ekoran muatannya yang terlalu berat.
Pihak berkuasa mendakwa pesawat itu telah pun terbang secara haram dengan ketinggian rendah bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa dari Mareeba, utara Queensland.
Polis Papua New Guinea dalam pada itu mengambil masa enam hari untuk menjejaki penjenayah yang melarikan diri ke hutan berdekatan.
Kesemua yang ditahan akan menghadapi perbicaraan ekstradisi pada 10 Ogos.
Juruterbang pesawat itu yang juga warga Australia menyerah diri di konsulat Australia.
Timbalan Pesuruhjaya Penyiasatan Australia, Ian McCartney berkata sekatan perjalanan antara negara semasa COVID-19, menyebabkan cubaan penjenayah untuk mengimport dadah terlarang ke Australia semakin berleluasa.
#Aiden Khoder
#Australia
#Dadah
#Ian McCartney
#kokaina
#koronavirus
#Melbourne
#Osman Elhouli
#Papua New Guinea
#pesawat terhempas
#Port Moresby