Cubaan bunuh: Penyerang Salman Rushdie mengaku tidak bersalah
Astro Awani
Ogos 13, 2022 06:40 MYT
Ogos 13, 2022 06:40 MYT
NEW YORK: Lelaki yang dituduh melakukan serangan terhadap pengarang kontroversi Salman Rushdie mengaku tidak bersalah di Mahkamah New York, pada Sabtu.
Hadi Matar, 24, dituduh atas cubaan membunuh dan menyerang Salman di Institut Chautauqua, New York.
Matar hadir ke mahkamah dengan memakai jumpsuit hitam putih dan pelitup muka dengan tangannya digari di hadapannya.
Rushdie mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan masih dirawat di hospital.
Ketika serangan, Rushdie, 75, bersedia untuk menyampaikan syarahan mengenai kebebasan artistik sebelum Matar bergegas ke atas pentas dan menikam penulis kelahiran India itu.
Selepas beberapa jam pembedahan, Rushdie menggunakan ventilator dan tidak dapat bercakap dan penulis novel itu berkemungkinan kehilangan mata dan mengalami kerosakan saraf di lengan dan luka di hati.
Polis berkata mereka masih belum mengetahui motif serangan setakat ini.