Cuba lolos guna tali, pelacur 50 tahun maut terjatuh waktu kena 'rush'
Agensi
April 12, 2018 14:09 MYT
April 12, 2018 14:09 MYT
Dua wanita dipercayai pekerja seks yang sedang asyik melayan pelanggan, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan ketika cuba lari dari serbuan polis di selatan Mumbai malam tadi.
Menurut jurucakap polis, ketika kejadian jam 10.30 malam itu, anggotanya sedang menjalankan rondaan di kawasan yang sememangnya dikenali sebagai destinasi maksiat di lorong Grant Road, di bandar itu.
Ketika polis sedang membuat pemeriksaan, seorang daripada mereka yang diperiksa memaklumkan kepada mereka di tingkat atas mengenai serbuan itu sehingga mencetuskan suasana panik.
Menurut laporan media tempatan, dua wanita yang dipercayai pelacur pantas cuba meloloskan diri dengan menghulurkan tali untuk turun. Bagaimanapun mereka tersilap langkah dan terjatuh sebelum ditemui maut.
Mangsa terdiri dari seorang wanita berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun. Kedua-duanya dari Bengal.
Polis mendaftarkan kes itu sebagai satu kemalangan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.