Cuaca panas melampau, penduduk Lima serbu pantai dinginkan badan
Agensi
Februari 21, 2024 16:00 MYT
Februari 21, 2024 16:00 MYT
LIMA: Cuaca panas melampau di Peru mendorong penduduk Lima ke pantai untuk menyejukkan badan, manakala di penduduk di pantai utara, penduduk bergelut dengan situasi banjir pada Selasa.
Di Lima, penduduk berpusu-pusu ke pantai selepas mengalami suhu lebih 30 darjah Celsius yang dijangka berterusan sepanjang minggu.
Di pantai utara Piura, media tempatan melaporkan hujan lebat menyebabkan wilayah itu berada dalam keadaan berjaga berikutan risiko berlakunya mendapan.
Seorang penganalisis Perkhidmatan Kebangsaan Meteorologi dan Hidrologi Peru berkata fenomena iklim pantai El Nino Costero telah mempengaruhi keadaan cuaca ekstrem yang melanda negara itu.