Cuaca buruk: Pesawat dinaiki PM Singapura ke Udaipur berpatah balik ke New Delhi

Bernama
Oktober 5, 2016 21:35 MYT
Lee sedang dalam lawatan kerja lima hari ke India. - Gambar fail
Sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Udaipur, India terpaksa berpatah balik ke New Delhi berikutan cuaca buruk.
"Kadang-kadang alam semula jadi mempunyai rancangannya sendiri. Kami hanya 10 minit sahaja jauhnya dari Udaipur apabila cuaca buruk dan jarak penglihatan terhad memaksa pesawat kami berpatah balik ke New Delhi," kata Lee dalam laman Facebook beliau.
"Menunggu di lapangan terbang Delhi sekarang, dengan harapan cuaca kembali baik dan kami boleh ke Udaipur (lagi). Tunggulah berita terkini," kata Lee dalam catatannya.
Catatan beliau disertai dengan rakaman video tentang cuaca buruk yang dialaminya susulan pembatalan pendaratan pesawat itu di Udaipur. Lee mengadakan lawatan kerja lima hari ke India bermula 3 Oktober.
#cuaca buruk #Le Hsien Loong #Perdana Menteri Singapura #pesawat berpatah balik
;