Cuaca buruk landa beberapa kawasan di Arab Saudi
Agensi
Ogos 24, 2023 12:25 MYT
Ogos 24, 2023 12:25 MYT
BEBERAPA kawasan di Arab Saudi berhadapan keadaan cuaca buruk, termasuk hujan lebat, ribut petir dan angin kencang, yang dijangka berterusan sehingga 29 Ogos.
Video yang tersebar di media sosial memperlihatkan situasi membimbangkan yang dihadapi jemaah haji di Makkah, bergelut untuk melakukan tawaf di Masjidil Haram.
Angin kuat dilihat menolak beberapa jemaah dan petugas, manakala satu lagi video merakamkan sambaran petir di menara jam ikonik yang menghadap Kaabah.
Pusat Meteorologi Kebangsaan sebelum ini memberi amaran tentang keadaan cuaca buruk yang berterusan di Jazan, Asir, Al Baha, Makkah dan Madinah.
Cuaca seperti ini mungkin akan turut menjejaskan pengembara, yang harus bersedia dengan kelewatan dan pembatalan penerbangan.
Pihak berkuasa di Makkah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekolah berikutan hujan lebat.
Perintah pemindahan mandatori dilaporkan mungkin dikeluarkan untuk komuniti yang terdedah kepada banjir dalam beberapa hari akan datang.
Gangguan kepada perkhidmatan penting, seperti elektrik dan telekomunikasi, juga dijangka berlaku di kawasan yang terjejas.