Cuaca buruk: Dua pesawat Indonesia gagal mendarat di Pontianak

Agensi
Januari 14, 2021 11:33 MYT
Eri Brawliantoro berkata, dua pesawat itu adalah penerbangan GA 504 milik Garuda Indonesia dan penerbangan JT 684 milik Lion Air. - Gambar REUTERS
JAKARTA: Dua pesawat komersial yang dalam perjalanan Jakarta ke Pontianak gagal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio, Pontianak ekoran cuaca buruk pada Rabu.
Menurut CNN Indonesia, perkara itu disahkan Pengurus Besar PT Angkasa Pura II, Lapangan Terbang Antarabangsa Pontianak Supadio, Eri Brawliantoro ke Antara.
"Benar, kedua-dua pesawat itu dialihkan ke lapangan tebang yang lain ekoran cuaca buruk," katanya di Sungai Raya.
Eri memaklumkan dua pesawat itu adalah penerbangan GA 504 milik Garuda Indonesia dan penerbangan JT 684 milik Lion Air.
Beliau memberitahu, ia adalah perkara biasa dalam dunia penerbangan dengan mengambil kira faktor keselamatan penumpang.
"Pesawat Lion Air dialihkan ke Bantam, sementara pesawat Garuda dialihkan ke Palembang," katanya.
Selain dari dua pesawat, satu lagi pesawat milik Sriwijaya Air juga hampir mengalami perkara yang sama tetapi berjaya mendarat di Lapangan Terbang Supadio di Pontianak.
Pada 9 Januari lalu, pesawat Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang dan kru dari Jakarta ke Pontianak terhempas empat minit selepas berlepas.
Semua mangsa dipercayai terkorban.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
#Garuda Indonesia #Lion Air #Joko Widodo #Kementerian Pengangkutan Indonesia #pendaratan cemas #Lapangan Terbangan Supadio #CNN Indonesia
;