COVID-19: Yangon kuat kuasa perintah berkurung

Astro Awani
September 2, 2020 04:53 MYT
Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 151 kes positif COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 48 jam. - Gambar fail AP
SEBAHAGIAN besar bandar raya Yangon ditutup pada Rabu susulan peningkatan jangkitan kes COVID-19.
Pihak berkuasa Myanmar mengenakan perintah berkurung di tujuh perbandaran dan mendirikan pusat pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi menghalang kemasukan.
Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 151 kes positif COVID-19 baharu dicatatkan dalam tempoh 48 jam.
Bagaimanapun, penjawat awam serta pekerja syarikat, kilang dan bengkel dibenarkan beroperasi sepanjang perintah itu dijalankan.
Pihak berkuasa hanya membenarkan seorang wakil keluarga keluar membeli barangan keperluan harian.
Manakala dua anggota keluarga sahaja dibenarkan keluar rumah jika perlu mendapatkan rawatan perubatan.
Individu yang didapati melanggar perintah berkurung, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sehingga kini, 938 kes dicatatkan di negara itu dengan enam kematian.
#COVID-19 #jangkitan #keluarga #kes positif #koronavirus #Myanmar #perintah berkurung #Sekatan Jalan Raya #tutup #undang-undang
;