COVID-19: Wilayah Victoria Australia terus catat peningkatan kes baharu
Agensi
Julai 5, 2020 17:13 MYT
Julai 5, 2020 17:13 MYT
Wilayah Victoria di Australia mencatatkan 74 kes baharu positif COVID-19 pada Ahad selepas mencatatkan penambahan tiga digit 24 jam sebelumnya.
Susulan peningkatan mendadak itu, Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengumumkan perintah berkurung diperketatkan di sembilan kawasan perumahan.
Dianggarkan lebih 3,000 penduduk terkesan akibat pelaksanaan tersebut.
Pihak polis kini mengawasi setiap pintu masuk kawasan perumahan dan penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah.
Menurut Andrews, penduduk di kawasan terkesan tidak perlu membayar sewa rumah untuk dua minggu seterusnya dan akan menerima bayaran bantuan secara 'one-off' bernilai antara AUD700 hingga AUD1,500 (RM2,083.47 - RM4,464.57).
Manakala bekalan makanan dan keperluan harian juga akan dihantar ke setiap rumah.
Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Australia adalah 8,362 dengan 104 kematian.