COVID-19: WHO saran dos tambahan vaksin bagi individu dengan sistem imun rendah
Astro Awani
Oktober 11, 2021 06:27 MYT
Oktober 11, 2021 06:27 MYT
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan supaya golongan yang mempunyai masalah sistem imun rendah diberikan dos tambahan vaksin COVID-19.
Ini susulan risiko mereka mendapat jangkitan lebih tinggi walaupun lengkap dua dos vaksin.
Kumpulan penasihat pakar WHO memaklumkan dos tambahan wajar ditawarkan kerana sistem imunisasi golongan ini berkemungkinan tidak dapat dilindungi hanya dengan dua dos vaksin.
Mereka juga dikatakan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih serius.
Saranan ini dikeluarkan susulan kajian yang dijalankan sebelum ini.
Bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan diminta memaksimumkan suntikan dua dos dalam kalangan populasi lebih berusia terlebih dahulu sebelum memulakan program suntikan tambahan.
Ketika ini, lebih 3.5 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan.