COVID-19: WHO sambut baik solidariti pemimpin dunia sumbang dana
Astro Awani
Mei 4, 2020 07:00 MYT
Mei 4, 2020 07:00 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyambut baik solidariti yang ditunjukkan pemimpin dunia dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19.
Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ini adalah tindakan kukuh dan memberi inspirasi terhadap solidariti global.
“Pemimpin dunia menyokong inisiatif yang dijalankan menerusi sidang khas dianjurkan Suruhanjaya Eropah.
“Dalam sidang hari ini, 7.4 bilion euro berjaya diikrar untuk kajian dan pembangunan vaksin, diagnostik dan terapeutik.
“Ini adalah tindakan kukuh dan memberi inspirasi terhadap solidariti global,” katanya.
Terdahulu, para pemimpin negara dan organisasi terkemuka dari serata dunia telah menyatakan janji untuk menyumbang sejumlah ASD$8 bilion (kira-kira RM34.5 bilion) untuk pembangunan dan pelaksanaan diagnostik, rawatan dan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.
Ikrar sumbangan itu diumumkan ketika persidangan maya yang dihoskan bersama oleh Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Arab Saudi, Norway, Sepanyol dan United Kingdom (UK).
Acara itu bagaimanapun tidak disertai Amerika Syarikat (AS).
#Arab Saudi
#COVID-19
#EU
#Itali
#Kesatuan Eropah
#koronavirus
#solidariti global
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#United Kingdom
#WHO