COVID-19: WHO lantik panel baharu nilai tindak balas global

Astro Awani
Julai 9, 2020 07:13 MYT
Ellen Johnson Sirlead (kiri) dan Helen Clark dilantik ketuai panel baharu WHO. -Astro AWANI
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan melantik panel baharu bagi menilai tindak balas global terhadap pandemik COVID-19.
Panel itu akan diketuai bekas Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirlead dan bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clark.
Dr Tedros mencadangkan panel itu mempunyai pentadbiran bebas, mengemas kini negara anggota secara berkala mengenai kemajuannya dan mengadakan mesyuarat bulanan.
"Saya dengan bangganya mengumumkan bekas Perdana Menteri (New Zealand) Helen Clark dan bekas Presiden (Liberia) Ellen Johnson Sirleaf dan juga pemenang nobel telah bersetuju untuk berkhidmat sebagai ketua bersama dalam jawatankuasa penilaian yang kami sebut sebagai panel bebas untuk persiapan dan respons pandemik IPPR.
"Clark dari New Zealand terus memimpin program pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Sirleaf dari Liberia, seperti yang saya katakan sebelumnya, adalah penerima hadiah nobel perdamaian.
"Saya berasa sangat bangga kedua-dua wanita terhormat ini menerima cabaran dan saya bersetuju untuk memimpin panel tersebut," kata Dr Tedros.
Menurut Dr Tedros lagi, Clark dan Sirleaf dipilih melalui proses perundingan yang luas dan tidak rasmi dengan negara-negara anggota dan pakar dunia.
#COVID-19 #Dr Tedros #Ellen Johnson Sirlead #Helen Clark #koronavirus #pandemik #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO
;