COVID-19: WHO lancar siasatan bebas berhubung pengendalian wabak koronavirus
Astro Awani
Mei 18, 2020 06:30 MYT
Mei 18, 2020 06:30 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) umum rancangan melancarkan siasatan bebas berhubung pengendalian wabak koronavirus.
Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Gebreyesus memaklumkan siasatan akan dimulakan seawal mungkin pada kadar yang sesuai.
"Saya akan memulakan penilaian bebas secepat mungkin untuk menilai pengalaman dan pengajaran dalam menentukan cadangan untuk memperbaiki reaksi dan persediaan di peringkat negara dan global.
"Apa yang jelas kini dunia tidak boleh lagi sama seperti dahulu. Kita tidak memerlukan penilaian untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan.
"Kita mesti lakukan segala yang terdaya untuk memastikan ia tidak berulang," katanya.
Gebreyesus juga berikrar siasatan akan dijalankan penuh telus dan bertanggungjawab.
Jelas beliau, banyak perkara boleh dipelajari daripada penularan pandemik COVID-19.
Justeru, setiap negara wajar menilai tindak balas mereka terhadap penularan itu.
Gebreyesus dalam pada itu memberi amaran risiko COVID-19 masih kekal tinggi dan perjalanan memerangi wabak itu masih jauh.
#COVID-19
#koronavirus
#pandemik
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#siasatan bebas
#Tedros Adhanom Gebreyesus
#WHO