COVID-19: WHO bimbang tekanan ke atas sistem kesihatan
Astro Awani
Januari 18, 2022 06:01 MYT
Januari 18, 2022 06:01 MYT
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan sektor perkhidmatan kesihatan susulan penularan varian Omicron yang terus meningkat.
Jelas Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, 18 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan bagi tempoh minggu lalu sahaja.
"Omicron kekal mengancam dunia. Minggu lepas 18 juta kes baharu dikaporkan.
"Angka kematian kini stabil buat masa ini, tetapi kami bimbang dengan kesan Omicron yang akan membebankan sektor kesihatan dan petugasnya," katanya.
Jelas Dr Tedros, walaupun di beberapa negara, kemuncak jangkitan Omicron sudah berlalu, namun ini tidak bermakna ia bebas daripada penularan virus itu.
WHO juga bimbang dengan kumpulan yang belum divaksin.
Sehubungan itu ia mohon pengedaran vaksin yang lebih adil.