COVID-19: Virus merebak di Austria, Sepanyol dan Croatia

Agensi
Februari 26, 2020 09:15 MYT
Pihak Berkuasa Austria telah menghentikan semua lalu lintas kenderaan ke dan dari Itali selepas menerima laporan terdapat dua individu dijangkiti virus bahaya tersebut menaiki kereta api dari negara tersebut. - Gambar AP Photo/Matthias Schrader.
BEBERAPA negara di Eropah berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika ini selepas Switzerland, Austria dan Crotia mengesahkan kes pertama novel koronavirus (COVID-19) di negara masing-masing.
Pada 23 Februari lalu, pihak berkuasa Austria telah mengenakan sekatan terhadap semua kenderaan memasuki dan keluar Itali selepas menerima laporan terdapat dua individu dijangkiti virus berbahaya itu menaiki kereta api dari negara tersebut.
Selepas melaporkan sebanyak 322 kes termasuk 11 kematian, Itali cuba menangani jangkitan COVID-19 dengan mana-mana negara di luar Asia.
Hal itu berlaku selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara mengambil tindakan bagi "menggelakkan potensi berlakunya pandemik."
Kesatuan Eropah (EU) menjanjikan €230 juta (RM1,060) untuk melawan COVID-19 di Itali dan beberapa tempat lain, tetapi belum mengenakan sebarang sekatan untuk keluar masuk pelancong atau aktiviti perdagangan.
Walaupun beberapa negara di Eropah mengumumkan kes pertama COVID-19, namun langkah menutup sempadan adalah tindakan yang tidak berkesan dan tidak seimbang.
Perkara itu dipersetujui oleh barisan menteri Eropah termasuk Menteri Kesihatan dari Perancis, Jerman dan Itali.
Memetik laporan Euronews, mereka juga bersetuju bahawa tiada keperluan untuk membatalkan program atau majlis berskala besar.
Walau bagaimanapun, menteri-menteri berkenaan bersetuju dengan langkah menilai setiap kes adalah lebih baik bagi mengurangkan penyebaran COVID-19.
#austria #COVID-19 #Croatia #eropah #novel koronavirus #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #sempadan #sepanyol #WHO
;