COVID-19: Vietnam tamatkan sekatan penerbangan antarabangsa
Astro Awani
Februari 13, 2022 06:48 MYT
Februari 13, 2022 06:48 MYT
HANOI: Vietnam akan menamatkan sekatan COVID-19 ke atas penerbangan penumpang antarabangsa mulai Selasa ini dengan kebenaran tanpa had pada bilangan penerbangan.
Menurut laporan akhbar Tuoi Tre, negara Asia Tenggara itu mengenakan kawalan sempadan yang ketat pada permulaan wabak untuk mengelakkan COVID-19 dan berjaya mengawalnya.
Namun, sektor pelancongannya terjejas teruk dengan hanya kira-kira 10 peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Timbalan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam, Dinh Viet Son berkata, negara itu akan menarik balik sekatan ke atas penerbangan antarabangsa mulai 15 Februari ini.
Kekerapan penerbangan akan dikembalikan ke tahap pra-pandemik.
Son berkata, Vietnam sudah memaklumkan kepada rakan negara luar mengenai dasar baharu itu dan hanya China yang belum bersetuju untuk menyambung semula penerbangan komersial dengan Vietnam.
Selain itu, penumpang antarabangsa yang sudah divaksin hanya perlu kuarantin selama tiga hari.
Negara Asia Tenggara itu merekodkan hampir 2.5 juta kes COVID-19 sejak wabak itu bermula, termasuk kira-kira 39,000 kematian.
Hampir 98 peratus daripada 98 juta penduduknya sudah menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin, menurut data rasmi.