COVID-19:Vietnam kurangkan sekatan mulai 30 September
Astro Awani
September 25, 2021 07:13 MYT
September 25, 2021 07:13 MYT
HANOI: Vietnam merancang untuk mengurangkan sekatan COVID-19 dan membenarkan perniagaan memulakan semula operasi.
Perdana Menterinya, Pham Minh Chinh berkata, bermula 30 September, kawasan yang disahkan selamat akan dibenarkan untuk melonggarkan sekatan COVID-19 dan membuka semula aktiviti perniagaan dan sosial.
Sejak akhir April, Vvietnam menguatkuasakan sekatan untuk mengekang COVID-19.
Pandemik itu mempengaruhi ekonomi negara itu sehingga memaksa penutupan kilang-kilang.
Kata Minh Chinh, memerangi pandemik itu bukan hanya meningkatkan sekatan fizikal dan turut mengesahkan bahawa wabak itu telah dikawal.
Keputusan itu diambil Vietnam selepas kadar kematian harian di negara itu menurun.
Sebanyak 9,682 kes baharu direkodkan pada Sabtu menandakan tiga hari berturut-turut angka itu di bawah 10,000 kes.
Negara itu telah mencatatkan lebih dari 746,600 kes dengan 18,400 kematian.
Pelabur asing di Vietnam memberi amaran bahawa peraturan yang ketat di selatan negara itu telah memaksa beberapa syarikat untuk memindahkan operasi pengeluaran ke tempat lain.