COVID-19: Victoria rekod kes harian tertinggi dengan satu kematian
Agensi
Julai 6, 2020 18:28 MYT
Julai 6, 2020 18:28 MYT
Wilayah Victoria di Australia merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam pada Isnin.
Pada masa sama, satu kes kematian turut disahkan ketika pihak berkuasa bersiap sedia menutup pintu sempadan wilayah tersebut dan negeri New South Wales bermula Selasa.
Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews memaklumkan, daripada 127 kes baharu yang direkodkan, 53 adalah antara 3,000 orang yang telah dikenakan perintah berkurung oleh polis di kediaman masing-masing sejak Sabtu.
Kematian melibatkan seorang lelaki berusia 90-an menjadikan jumlah angka kematian akibat COVID-19 mencecah 105.
Untuk rekod, Australia mengesahkan 8,500 kes COVID-19 dengan lebih 24,500 ujian saringan telah dijalankan.