COVID-19: Victoria catat kes harian terendah sejak Jun

Agensi
September 19, 2020 20:28 MYT
Pada Sabtu, Victoria merekodkan 21 kes jangkitan baharu dengan tujuh kematian. - Reuters
Buat pertama kalinya, wilayah Victoria yang menjadi titik panas kes COVID-19 di Australia mencatatkan kes terendah sejak Jun lalu.
Berikutan itu, Ketua Menterinya, Daniel Andrews memberi penghargaan buat penduduk di kawasan itu dan berharap supaya wilayah itu terus mencatatkan kadar kes yang rendah.
Pada Sabtu, Victoria merekodkan 21 kes jangkitan baharu dengan tujuh kematian.
Daripada jumlah kematian itu, enam dilaporkan berkaitan dengan rumah penjagaan orang tua.
Ketika ini, purata kes di bandar Melbourne menurun kepada 39.3 kes baharu, manakala wilayah Victoria berada di satu perpuluhan sembilan.
Sasaran purata kes COVID-19 bagi memastikan perintah sekatan ditarik semula pada 28 September ialah dalam lingkungan 30 hingga 50.
#Australia #COVID-19 #Daniel Andrews #koronavirus #Melbourne
;