COVID-19: Victoria catat jumlah kes terendah dalam beberapa minggu

Astro Awani
Oktober 30, 2021 04:32 MYT
Tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan di New South Wales dengan 236 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto REUTERS
MELBOURNE: Victoria di Australia mencatatkan kes COVID-19 paling rendah sejak awal bulan ini.
Sebanyak 1,355 kes baharu dikesan dan 11 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Komander Tindak Balas COVID-19 negeri, Jeroen Weimar berkata kali terakhir Victoria melaporkan kes serendah itu adalah pada 2 Oktober lepas.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Melbourne pada Sabtu.
Tambahnya leboh 92 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala hampir 80 peratus daripada golongan tersebut telah lengkap menerima dua dos suntikan.
Sementara itu tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan di New South Wales dengan 236 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Manakala Wilayah ACT mengesan sembilan kes baharu COVID-19.
#COVID-19 #kes kematian #Victoria #Jeroen Weimar